Rabu, April 28

Kempen Kesedaran Pemeriksaan Sendiri Payudara

Pada 21 April 2010 (hari Rabu)  yang lalu, telah diadakan kempen seperti diatas dengan kerjasama Biro Pendidikan Kesihatan Jururawat Berijazah Unit Kejururawatan HUSM, bertempat di Pusat Sumber Kanser Payudara HUSM (PS1) dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada staf wanita warga HUSM tentang kepentingan menjalankan pemeriksaan payudara dan juga memberi pendedahan tentang kewujudan Pusat Sumber Kanser Payudara di HUSM.


Objektif umum:
  • Memupuk kesedaran staf HUSM tentang pengesanan awal kanser payudara

Objektif khusus:
  • Memberikan penerangan tentang cara pemeriksaan sendiri payudara yang betul
  • Memupuk kesedaran staf untuk melakukan PSP secara berkala
  • Memberi pendedahan kepada staf sumber maklumat dan rujukan yang ada di HUSM
 Aktiviti yang dilakukan sepanjang kempen diadakan:
  • Penerangan tentang cara PSP yang betul
  • Menunjukkan cara palpasi ke atas model payudara
  • Melakukan palpasi payudara
  • Pemberian risalah PSP
  • Membuat rujukan yang berkaitan
Sepanjang tempoh kempen diadakan, PS1 menerima kunjungan seramai 160 orang, yang terdiri daripada staf HUSM dan orang awam. Dari jumlah yang tersebut, seramai enam orang, iaitu empat orang staf dan dua orang awam dikesan terdapat ketulan setelah dilakukan pemeriksaan terhadap mereka.

Secara keseluruhan, objektif kempen ini boleh dikatakan agak berjaya dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan menghadirkan diri bagi memberi sokongan, menyertai kempen ini dan seterusnya melakukan PSP.



Ahad, April 4

Jadual Program PS1 bulan April

Untuk saiz view yang lebih besar, sila klik pada rajah jadual di bawah.