Rabu, Februari 6

Assallammualaikum & Salam 1Malaysia...
"UJIAN ITU TIDAK AKAN DATANG SEKIRANYA DI LUAR KEMAMPUAN KITA....percayalah Allah memberikan kita ujian ini kerana hanya kita yang telah dipilih untuk meghadapi dugaan ini..."

Percayalah, setiap yang berlaku dalam hidup kita sebenarnya telah ditakdirkan Allah...Kesusahan, kesenangan, kesedihan, kegembiraan....
Kita seharusnya belajar untuk menerima dengan hati terbuka...
Allah Maha Mengetahu yang terbaik untuk hambaNYA...
Masakan Allah beri sesuatu yang kita tidak perlukan....

 "Dan sungguh akan Kamu berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan,
Inna Lillahi wainna ilaihi raji'un (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNYA kami kembali)..
Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk..."
(Surah al-Baqarah ayat 155)

Selasa, Februari 5

    Assallammualaikum dan Salam 1Malaysia..


Tidak terlambat untuk pihak kami mengucapkan selamat Tahun Baru dan Selamat menyambut Tahun Baru Cina yang akan tiba.Seawal tahun 2013..tak berapa boleh sangat hendak menjenguk blog ini sebab sibuk dengan perancangan aktiviti yang memerlukan komitmen.Perancanagan aktiviti 2013 telah dirancang bagi memudahkan segala aktiviti berjalan dengan lancar..walaupun kita hanya merancang namun Allah S.W.T jua yang menentukan...Pada bulan februari ini,kami ingin berkongsi aktiviti yang dirancangkan...untuk makluman semua,aktiviti kraftangan akan diadakan sebulan sekali iaitu pada hari rabu mengikut tarikh yang di tetapkan.Aktiviti kraftangan ini akan dikendalikan oleh Puan Nor Aizan Harun daripada jabatan akademik ,Puan Faridah Zakiria dari UKAST dan Miss Wong dari KAWAN @ ReHAK.Aktiviti sukarelawan (PINK RIBBEN) dI jalankan seminggu sekali pada setiap rabu.Apa yang paling mengembirakan untuk semua,pemeriksaan payudara dan ultrasound payudara akan dijalankan secara walk-in untuk semua peringkat dijalankan setiap hari berkerja .Marilah kita semua sama-sama mengambil peluang ini dalam penjagaan kesihatan payudara dan mencegah kanser payudara pada tahap 4.
    Jumpa lagi...Sekian...