Isnin, Jun 27

Program Bersama Survivor

Program Bersama Survivor merupakan program bagi mengeratkan hubungan antara bekas pesakit kanser dan berkongsi pengalaman menghadapi rawatan kanser. Di samping itu, mereka juga belajar kraftangan bersama Dr. Nik Munirah.

~Minggu Pertama Bersama Survivor~

~Sambutan yang mangalakkan dari para peserta~



Selain itu, para peserta juga diajar cara-cara membuat burung menggunakan kertas.
Cikgu yang mengajar dengan penuh kesabaran.



*Hasil kreativiti para peserta selepas dua jam aktiviti dijalankan*
Gambar kenangan kita~~~

~Minggu Kedua Bersama Survivor~

~Pembelajaran kedua: Menjahit Manik~

Peserta menjahit manik dengan cermat dan penuh kesabaran...

Meja yang dipenuhi peralatan-peralatan menjahit manik!

Ukuran sebelum memulakan jahitan~

Pelajar yang serius belajar vs cikgu yang serius mengajar...

Rabu, Jun 1

pemeriksaan mammography walk in



Assallammualaikum kepada semua warga staff ...



samada kita sedari atau tidak Kanser payu dara merupakan penyebab utama kematian dikalangan kaum wanita di malaysia dan kini ianya juga turut menyerang kaum lelaki.kalau dahulunya dikatakan kanser payudara hanya pada wanita berumur 40 tahun keatas tetapi tidak hari ini..ianya juga turut dialami oleh wanita kurang dari 40 tahun..pengesanan awal barah payudara amatlah penting dalam menangani merebaknya kanser ini secara drastik..PUSAT KANSER PAYUDARA menyediakan kemudahan untuk pemeriksaan payudara secara walk in kepada semua staff ..Ambillah peluang ini ...datanglah melakukan pemeriksaan awal payudara anda sebelum terlambat.walaupun pihak kami telah mewar warkan perkhidmatan kami tetapi kenapa masih ada dikalangan staff sendiri takut untuk menjalani pemeriksaan ini...dan jangan anda semua takut pada mitos-mitos yang entah apa-apa..HUBUNGI KAMI ..."together we share"




Gunakanlah kemudahan yang ada dihospital kita untuk kita dan keluarga kita semua..terima kasih..

Selasa, Mei 10

LAWATAN PUSPANITA KELANTAN KE PS1

Pada 4 May 2011, Pusat Sumber Kanser Payudara (PS1) HUSM telah menerima kunjungan dari PUSPANITA Kelantan. Apa yang amat membanggakan ialah seramai 12 orang telah menjalani Ujian Saringan Mammografi. Selebihnya (lebih kurang 50 orang) telah dibawa melawat ke wad 6 Utara (Wad Onkologi Pediatrik) oleh Unit PRO. Tahniah kami ucapkan kepada mereka yang telah menjalani Pemeriksaan Mammografi kerana telah mengambil langkah yang bijak dalam pengesanan awal kanser payudara.



 
Datin Hjh Tuan Aminah Tuan Yusof (Timb. Pengerusi Puspanita, Kelantan), Dr Nik Munirah Nik Mahdi (Penyelaras PS1) bersama ahli Puspanita

 Pn. Wan Marina & Pn. Raudzah (Unit Kejururawatan) bersama Ahli Puspanita yang lain

 Datin Dayang Sufiah Bt Azamain (Pengerusi PELANGI)







PENYERAHAN CENDERAHATI





KUNJUNGAN KE PS1