6 makanan mencegah kanser. Seperti yang kita sedia maklum, pemakanan atau sumber makanan yang kita ambil setiap hari adalah penting untuk perkembangan/keseimbangan tubuh badan kita. Setiap makanan yang kita makan dan pilih merupakan salah satu faktor yang menentukan tahap perkembangan badan dan kesihatan kita. Seperti tajuk di atas, antara makanan yang boleh menghalang kanser dari terjadi adalah brokoli, tomato dan bawang putih (sila klik utk pembacaan yang lebih terperinci).
Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Sama-sama kita saling mengingati dan menjaga kesihatan.
Selasa, Disember 28
Rabu, Disember 22
Mengenali Kanser Payudara
Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel? Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.
Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu
- benign(tumor bukan barah)
- malignan(tumor jenis barah)
Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.
Apakah yang menyebabkan barah payudara?
Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling).
Apa yang kita tahu hanyalah faktor risiko. Faktor risiko merupakan suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung.
Risiko seorang individu terhadap sesuatu penyakit tidak mudah ditentukan kerana pengaruh faktor-faktor risiko berbeza. Seorang wanita seharusnya mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi risikonya terhadap kanser payudara.
Setakat ini, masih belum dapat difahami mengapa adanya mereka yang mempunyai faktor risiko seperti riwayat keluarga (pertalian keluarga dengan penghidap penyakit barah) dan terdedah kepada risiko pengambilan bahan serta sumber berasaskan tembakau, bebas daripada serangan penyakit ini.
Manakala, mereka yang daripada kumpulan berisiko rendah pula tidak terlepas daripada menghidap penyakit ini. Pertalian adalah kompleks dan mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain yang tidak ternyata. Untuk seketika ini misterinya akan terus berpanjangan serta menjadi tanda tanya.
*petikan dari laman sesawang Pusat Sumber Kanser Payudara Kolej Radiologi
Khamis, Oktober 28
Majlis pelancaran blog PS1 HUSM
Pada hari Ahad, 17/10/10 yang lalu. Bertempat di Hotel Renaissance Kota Bharu telah diadakan majlis pelancaran/perasmian bagi blog PS1 HUSM ini (Pusat Sumber 1 HUSM-Pusat Sumber Kanser Payudara HUSM) bersempena dengan seminar "Women's Health Workshop: Latest Imaging Technology". Blog ini dilancarkan perasmiannya oleh Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. M.Zawawi Ismail, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Malaysia. Antara tetamu jemputan VIP yang turut hadir adalah Dato' Dr. Zaidun Kamari (Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia), Y.Brs. Tn. Hj. Mansoor Wan Abdullah (Presiden Avon Malaysia, Thailand & Vietnam) dan isteri.
Ucapan aluan oleh pengerusi majlis
Para tetamu VIP
Ucapan oleh Pengerusi LPU
Isteri presiden Avon Malaysia, Thailand & Vietnam bersama Dr. Nik Munirah & Pn. Rohani
Para peserta seminar
Upacara perasmian blog PS1 HUSM
Secara rasminya blog PS1 telah dirasmikan
Penyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan
Lawatan ke tapak pameran
Perkongsian ilmu dari pihak KAWAN
Penutup bagi aturcara majlis
Sabtu, Oktober 16
Pemeriksaan Sendiri Payudara (walk in) di PS1
Semua staf USM & para pengunjung/pelawat hospital USM di alu-alukan untuk datang dan lakukan PSP di PS1 pada setiap masa (waktu kami beroperasi. Sila rujuk pada sisi kanan blog). Staf kami bersedia untuk membantu.
Aktiviti yang dilakukan & disertai oleh PS1
Lawatan VC USM ke PS1 sempena sidang akhbar majlis perasmian makmal MEG
Y.Bhg. Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak menandatangani buku pelawat VIP di PS1
Sesi sidang akhbar yang diadakan bertempat di PS1
Khidmat masyarakat bertempat di kawasan Pantai Cahaya Bulan (PCB)
Pameran Pendidikan Kesihatan di Sekolah Menengah Ketereh
Pelajar sekolah mendengar penerangan tentang kanser payudara oleh jururawat yang bertugas
Kempen Pemeriksaan Sendiri Payudara kepada staf & pengunjung di Hospital USM
Cenderahati untuk pengunjung PS1
Pameran yang diadakan di PS1
Mendaftarkan nama bagi menjalani PSP
Pengarah Hospital USM, Dato' Dr. Zaidun Kamari menandatangani buku pelawat PS1
Penerangan ringkas berkaitan kanser payudara kepada Dato' Pengarah HUSM & peserta
Lawatan Puteri UMNO ke PS1
Lawatan di bilik mamografi Jabatan Radiologi
Khamis, Oktober 14
Khamis, Ogos 19
Women's Health Workshop: Latest Imaging Technology
Sila klik pada imej untuk view saiz yang lebih jelas dan besar.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi nombor yang tertera pada brochure di atas.
Rabu, Ogos 4
Khamis, Julai 15
Khamis, Mei 6
Jadual Program PS1 bulan Mei
Untuk saiz yang lebih besar, sila klik pada rajah jadual di bawah.
Sebarang perubahan program atau jadual, akan di beritahu kelak. Sebarang pertanyaan, permasalahan, sila hubungi pihak kami.
Sebarang perubahan program atau jadual, akan di beritahu kelak. Sebarang pertanyaan, permasalahan, sila hubungi pihak kami.
Rabu, April 28
Kempen Kesedaran Pemeriksaan Sendiri Payudara
Pada 21 April 2010 (hari Rabu) yang lalu, telah diadakan kempen seperti diatas dengan kerjasama Biro Pendidikan Kesihatan Jururawat Berijazah Unit Kejururawatan HUSM, bertempat di Pusat Sumber Kanser Payudara HUSM (PS1) dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada staf wanita warga HUSM tentang kepentingan menjalankan pemeriksaan payudara dan juga memberi pendedahan tentang kewujudan Pusat Sumber Kanser Payudara di HUSM.
Objektif umum:
- Memupuk kesedaran staf HUSM tentang pengesanan awal kanser payudara
Objektif khusus:
- Memberikan penerangan tentang cara pemeriksaan sendiri payudara yang betul
- Memupuk kesedaran staf untuk melakukan PSP secara berkala
- Memberi pendedahan kepada staf sumber maklumat dan rujukan yang ada di HUSM
- Penerangan tentang cara PSP yang betul
- Menunjukkan cara palpasi ke atas model payudara
- Melakukan palpasi payudara
- Pemberian risalah PSP
- Membuat rujukan yang berkaitan
Sepanjang tempoh kempen diadakan, PS1 menerima kunjungan seramai 160 orang, yang terdiri daripada staf HUSM dan orang awam. Dari jumlah yang tersebut, seramai enam orang, iaitu empat orang staf dan dua orang awam dikesan terdapat ketulan setelah dilakukan pemeriksaan terhadap mereka.
Secara keseluruhan, objektif kempen ini boleh dikatakan agak berjaya dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan menghadirkan diri bagi memberi sokongan, menyertai kempen ini dan seterusnya melakukan PSP.
Langgan:
Catatan (Atom)