Selasa, Disember 28

6 cancer-fighting superfoods

6 makanan mencegah kanser. Seperti yang kita sedia maklum, pemakanan atau sumber makanan yang kita ambil setiap hari adalah penting untuk perkembangan/keseimbangan tubuh badan kita. Setiap makanan yang kita makan dan pilih merupakan salah satu faktor yang menentukan tahap perkembangan badan dan kesihatan kita. Seperti tajuk di atas, antara makanan yang boleh menghalang kanser dari terjadi adalah brokoli, tomato dan bawang putih (sila klik utk pembacaan yang lebih terperinci).



Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Sama-sama kita saling mengingati dan menjaga kesihatan.

Rabu, Disember 22

Mengenali Kanser Payudara

Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya.  Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel?  Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.
   
Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya  akan menghasilkan lebihan tisu.  Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan.  Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu 
  • benign(tumor bukan barah) 
- merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini.
  • malignan(tumor jenis barah) 
Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.  Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system).  Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya.  Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.


Apakah yang menyebabkan barah payudara?

Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling).

Apa yang kita tahu hanyalah faktor risiko. Faktor risiko merupakan suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung.

Risiko seorang individu terhadap sesuatu penyakit tidak mudah ditentukan kerana pengaruh faktor-faktor risiko berbeza. Seorang wanita  seharusnya mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi risikonya terhadap kanser payudara. 

Setakat ini, masih belum dapat difahami mengapa adanya mereka yang mempunyai faktor risiko seperti riwayat keluarga (pertalian keluarga dengan penghidap penyakit barah) dan terdedah kepada risiko pengambilan bahan serta sumber berasaskan tembakau, bebas daripada serangan penyakit ini. 

Manakala, mereka yang daripada kumpulan berisiko rendah pula tidak terlepas daripada menghidap penyakit ini. Pertalian adalah kompleks dan mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain yang tidak ternyata. Untuk seketika ini misterinya akan terus berpanjangan serta menjadi tanda tanya.

*petikan dari laman sesawang Pusat Sumber Kanser Payudara Kolej Radiologi