Prof. Dato' Dr. Mafauzy Mohamed menandatangani plak perasmian
Perasmian Pusat Sumber
Para jemputan mendengar taklimat dari kakitangan jabatan Radiologi
Peralatan sumbangan AVON
Kota Bharu 11 Feb: Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kini memiliki pusat sumber kanser payudara bagi mengesan penyakit berkenaan. Menurut Pengarah Kampus Kesihatan USM, Dato’ Dr. Mafauzy Mohamed, penubuhan Pusat Sumber Kanser Payudara mengharapkan aktiviti yang dilakukan di sini akan memberi manfaat kepada orang ramai terutamanya mempromosikan kesedaran serta pengesanan awal simptom kanser payudara supaya langkah susulan dapat diambil sebelum terlewat,” kata Mafauzy yang mewakili Naib Canselor USM merasmikan pusat tersebut.
Turut hadir semasa perasmian tersebut ialah Hj. Mansoor Wan Abdullah, Presiden AVON Malaysia, Thailand dan Vietnam. Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan tambahan sebanyak RM10, 000.00 kepada HUSM untuk melengkapkan lagi Pusat Sumber Kanser Payudara dengan bahan bahan bacaan dan sebagainya