Khamis, April 28

KANSER PAYUDARA...LELAKI OH LELAKI

Penyakit Barah Payudara Di Kalangan Lelaki

http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/bm/maklumat/lelaki.htm


Petikan dari Arkib Utusan Malaysia 18/10/2010
Kanser payudara: Lelaki alami implikasi lebih teruk


KOTA BHARU 17 Okt. - Golongan lelaki di negara ini diingatkan supaya tidak memandang remeh penyakit kanser payu dara kerana mereka juga berisiko diserang penyakit itu bahkan implikasinya lebih teruk berbanding wanita.

Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payudara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr. Nik Munirah Nik Mahdi berkata, kanser payudara yang menyerang golongan lelaki adalah lebih berbahaya kerana sel kanser itu lebih agresif berbanding sel kanser yang menyerang golongan wanita.

"Beranggapan kanser payudara hanya menyerang wanita menyebabkan ramai lelaki yang masih memandang remeh perkara ini sedangkan mereka juga sebenarnya berisiko diserang penyakit yang sama.

"Mengikut kajian Majlis Kanser Nasional, dari 1999 hingga 2006 bagi negeri ini, seramai enam lelaki telah meninggal dunia akibat penyakit itu bahkan kebanyakan kanser payudara yang menyerang lelaki kesannya jauh lebih buruk kerana kanser berkenaan akan menular kepada organ lain dengan cepat sehingga membawa kematian," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran laman blog bagi Pusat Sumber Kanser Payudara oleh Pengerusi Lembaga Pengarah USM, Prof Emeritus Datuk Dr. M. Zawawi Ismail di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, pada tahun lalu satu lagi kematian dicatatkan di negeri ini membabitkan lelaki menghidap penyakit kanser payudara.

Justeru, katanya, sebagaimana wanita, lelaki juga perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya mengesan keganjilan seumpama benjolan terutama di puting payudara atau pembesaran sebelah payudara secara tiba-tiba.

Dr. Nik Munirah yang juga Pakar Radiologi berkata, lelaki di Kelantan bertuah kerana mempunyai tempat khas untuk membuat rujukan mengenai penyakit itu iaitu dengan mengunjungi Pusat Sumber Kanser Payudara di HUSM.

Katanya, pusat sumber itu yang dilancarkan pada Februari lalu diwujudkan untuk kedua-dua golongan iaitu wanita dan lelaki.

"Pusat Sumber Kanser Payudara adalah untuk semua golongan, pesakit yang ingin mendapatkan rawatan mahupun kaunseling mengenai penyakit itu boleh hadir pada bila-bila masa waktu bekerja," katanya.

Katanya, sehingga kini pusat berkenaan mendapat sambutan memberangsangkan tetapi masih ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan pusat berkenaan yang bersifat mesra pesakit.

Pusat sumber berkenaan yang dapat dimanfaatkan pesakit kanser payudara dan keluarga pesakit di seluruh Pantai Timur dan Semenanjung Malaysia itu selain membantu memberi rawatan dan penjagaan selepas pembedahan, ia juga dilengkapi dengan beberapa unit komputer dengan kemudahan capaian jalur lebar untuk kemudahan pesakit mencari maklumat tentang kanser itu.

Selain itu, turut disediakan mini perpustakaan yang memuatkan buku ilmuan mengenai kanser payudara.

Dr. Nik Munirah berkata, maklumat lanjut mengenai pusat sumber berkenaan boleh dilayari melalui blog http://ps1husm.blogspot. com. - BERNAMA

Selasa, April 26

"Walk In Service Mammogram" di Pusat Sumber Kanser Payudara 1 HUSM

Anda wanita yang berumur 40 tahun dan ke atas???
Sekiranya YA....anda disarankan untuk menjalani Ujian Saringan Mammografi untuk pengesanan awal Kanser Payudara.
Sepanjang MEI 2011, "Walk in Service Mammogram" dibuka dan diberi keutamaan kepada staf HUSM dari unit berikut :
  1. Pejabat Pengarah HUSM
  2. Unit Pengurusan Sumber Manusia
  3. Unit Perhubungan Awam & Pendidikan Kesihatan
  4. Unit Kewangan
Staf dari lain-lain jabatan / unit serta orang awam juga dijemput bagi menjayakan program ini.

KURSUS ISU TERKINI KESIHATAN WANITA 2011

Satu kursus bertajuk "Isu Terkini Kesihatan Wanita 2011'' anjuran Jabatan Radiologi, HUSM akan diadakan pada 16 Mei 2011 bertempat di Dewan Kuliah, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM, Kampus Kesihatan, Kelantan. Objektif kursus adalah seperti berikut :
  • Mendapatkan gambaran dan pengetahuan mengenai isu-isu terkini penyakit wanita.
  • Berkongsi pengetahuan dan menyebarkan info berkaitan kepada masyarakat umum.
  • Menambahkan pengetahuan mengenai kaedah pengimejan dan rawatan terkini berkenaan masalah kesihatan wanita.
Kursus ini disasarkan kepada :
  • Pakar Radiologi
  • Pegawai Perubatan
  • Pelajar Sarjana Perubatan
  • Paramedik
  • Staf Pengurusan & Profesional
  • Staf Sokongan                                                                                                       (dari Universiti Sains Malaysia & Agensi Luar)
Orang awam juga digalakkan untuk menyertai kursus ini


Yuran penyertaan : RM50 sahaja (Makan+Seminar Kit)

Kepada anda yang berminat, sila hubungi Jabatan Radiologi, HUSM.
Tel:09-7673468
E-mel: radiolog@kb.usm.my