Selasa, Jun 28

10 Mitos Utama Kanser Payudara

Kanser Payudara merupakan kanser yang kerap berlaku di Malaysia. Namun ia merupakan kanser yang sering disalah fahamkan. Terdapat banyak fakta yang tiada bukti mengenai kanser payudara. Berikut adalah di antara 10 mitos berkaitan kanser ini.

1. Lelaki tidak boleh mendapat kanser payudara.




Ini merupakan mitos yang pertama mengenai kanser payudara. Ramai lelaki yang tidak percaya namun ia ramai di Malaysia dan dunia barat mengetahui mengenainya. Sungguhpun ia lebih kerap berlaku di kalangan wanita namun ia boleh berlaku tetapi agak jarang di kalangan lelaki. Bagi setiap 100 kes kanser payudara di kalangan wanita, terdapat satu kes lelaki. Ini kerana seperti wanita lelaki juga mempunyai tisu payudara.

2. Baju dalam yang berwayar boleh menyebabkan kanser payudara



Beberapa tahun yang lalu mitos ini dipercaya. Bagaimanapun kajian ini tidak mempunyai bukti yang kukuh dan oleh itu fakta ini tidak diterima secara umum oleh komuniti perubatan komuniti.

3. Wanita di bawah umur 40 tahun tidak akan mendapat kanser
                                      

  
Semakin usia meningkat, risiko mendapat kanser di kalangan wanita juga meningkat . Tetapi wanita boleh mendapatnya pada semua peringkat umur. Oleh itu wanita perlu membuat pemeriksaan sendiri payudara. Di klinik saya terdapat banyak kes di mana wanita berumur seawal 20an disahkan mengidap kanser payudara. Yang mendukacitakan kanser di kalangan wanita muda lebih agresif dan prognosisnya selalunya tidak baik. Dalam kebanyakan kes kanser merebak ke peringkat 4 dengan pantas dan ramai yang meninggal dalam masa 1 tahun setelah dikesan.

4. Anti- peluh dan deoderan boleh menyebabkan kanser payudara


Ini merupakan mitos yang paling popular. Ramai percaya seseorang yang mengamalkan penggunaan deodoran atau anti-peluh, jika kemudian tercedera semasa bercukur, satu bahan kimia akan memasuki ruang kulitnya dan menyebabkan kanser. Sebenarnya ini tidak berlaku. Namun kepercayaan ini mengakibatkan ramai wanita yang takut memakainya. Oleh itu sebagai wanita anda dinasihatkan tidak perlu takut untuk terus mengamalkan penggunaan anti-peluh atau deodoran.

5. Pil Perancang boleh menyebabkan kanser



Estrogen, salah satu hormon dalam badan kita sering dikatakan mempunyai kaitan dengan berlakunya kanser. Pil perancang yang dikeluarkan sebelum tahun 1975 mempunyai kandungan estrogen dan progesteron yang tinggi. Sungguhpun pil perancang yang baru masih mempunyai estrogen, tahap kandungannya rendah dan tidak menyebabkan kanser. Setakat ini tiada kajian yang menunjukkan bahawa pil perancang yang rendah dosnya mempunyai risiko mendapat kanser.Namun hanya satu nasihat kepada pengamal pil perancang. Selalulah beli pil perancang yang terkenal jenamanya kerana terdapat banyak pil yang dijual di pasaran terutama sekali di pasaran gelap di mana paras kandungan estrogennya tidak dapat di pastikan.


6. Mammogram boleh menyebabkan kanser payudara merebak atau menjadi punca kanser



Mammogram menggunakan radiasi pancaran X yang boleh menyebabkan kanser. Namun jumlah radiasinya amat rendah dan pada tahap yang selamat dari kanser. Juga risikonya amat kecil berbanding manfaatnya sebagai satu kaedah mengesan dan merawat kanser di peringkat awal. Ada banyak lagi perkara di mana kita terdedah kepada radiasi yang rendah, umpamanya menaiki kapalterbang. Tetapi ia tidak mengahalang kita dari terus melakukannya.
Dos radiasi yang berkesan bagi setiap mammogram adalah 0.7mSv, yang merupakan tahap radiasi persekitaran seseorang untuk tempoh tiga bulan. Malaysia mempunyai peraturan yang memerlukan setiap unit mammogram di periksa oleh seorang pakar fisik perubatan setiap tahun untuk memastikan setiap unit berfungsi secara betul dan mengikut prosedur yang selamat.


7. Setiap benjolan di payudara adalah kanser payudara



Benjolan di payudara boleh berlaku akibat pelbagai sebab. Lebih daripada 90 peratus daripada benjolan bukan kanser. Ini bermakna hanya satu dalam setiap 10 kes adalah kanser. Jika anda rasa ada benjolan di payudara anda, pastikan anda berjumpa doktor kerana jika puan disahkan mengidap kanser, beliau merupakan orang yang dapat menasihatkan tindakan terbaik seterusnya untuk anda.Namun anda perlu ingat, jika 9 dalam 10 kes itu bukan kanser, anda masih perlu sentiasa menjalankan pemeriksaan dan penyiasatan seterusnya. Anda tidak perlu takut kerana lebih cekap ia dikesan lebih cepat anda boleh mendapat rawatan. Adalah lebih baik anda berjumpa doktor untuk mendapat kepastian dan mengelak dari menanggung kerisauan.

8. Kanser payudara hanya berlaku di sebelah payudara
Kanser payudara boleh merebak dari satu payudara ke payudara sebelah. Malah seseorang yang telah mengidap kanser di satu payudara mempunyai risiko tinggi mendapatnya di payudara sebelahnya.


9. Mastektomi merupakan satu-satunya rawatan kanser payudara


Mastektomi merupakan pembedahan membuang seluruh payudara yang terlibat, yang boleh mencacatkan symbol sesorang wanita. Bagaimanapun mastektomi bukanlah satu-satunya rawatan kanser payudara. Dalam banyak kes, doktor akan memilih untuk menyelamatkan payudara yang terlibat dengan melakukan pemebedahan untuk membuang hanya sel-sel kanser sahaja. Pilhan lain termasuk kemoterapi dan radioterapi.

10. Wanita yang mempunyai payudara yang kecil mempunyai risiko yang rendah mendapat kanser

Malangnya kanser payudara tidak mengenal saiz payudara, samada besar atau kecil. Faktor risiko mendapat kanser payudara tidak bergantung kepada jumlah tisu payudara seseorang wanita.


Sumber :  Dr Abdul Rahman Mohamad
                  Majlis Kanser Nasional

Tiada ulasan: