Rabu, Ogos 24

Masih Ada Sinar Harapan

      Pusat Sumber Kanser Payudara & Jabatan Radiologi akan mengadakan Kursus Sehari Bersama Survivor Kanser Payudara pada 19 September 2011 bertempat di Auditorium Perubatan Nuklear. Di harap seminar ini akan dapat memberikan manfaat kepada pesakit kanser payudara.

Pendaftaran percuma kepada survivor kanser - Survivor kanser boleh berhubung dengan Pn. Saidatina di Klinik Onkologi  (3499).


Kursus ini juga terbuka kepada staff HUSM dengan bayaran sebanyak RM50 dan terhad kepada 25 orang sahaja. Mana-mana staf yang berminat boleh berhubung terus dengan Pn. Roslaini di Pusat Sumber Kanser Payudara (4056) dengan bayaran tunai sahaja.









 Antara isu yang akan dibicarakan adalah:
1) Pembedahan Kanser Payudara dan isu berkaitan - Dr. Imi Sairi
2) Hikmah di sebalik Kanser Payudara - Ustaz  Ahmad Marzuk
3) Pemakanan Pesakit Kanser Payudara - En. Hairil Nizam
4) Hubungan Suami Isteri Selepas Kanser & Infertiliti - Prof. Dr. Nik Mohamed Zaki
5) Senaman untuk pesakit kanser payudara - Pn. Punitha
6) Isu psychosocial dikalangan pesakit kanser payudara - P.M. Dr. Hasanah






Tiada ulasan: