Memaparkan catatan dengan label perasmian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perasmian. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 28

Majlis pelancaran blog PS1 HUSM

Pada hari Ahad, 17/10/10 yang lalu. Bertempat di Hotel Renaissance Kota Bharu telah diadakan majlis pelancaran/perasmian bagi blog PS1 HUSM ini (Pusat Sumber 1 HUSM-Pusat Sumber Kanser Payudara HUSM) bersempena dengan seminar "Women's Health Workshop: Latest Imaging Technology". Blog ini dilancarkan perasmiannya oleh Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. M.Zawawi Ismail, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Malaysia. Antara tetamu jemputan VIP yang turut hadir adalah Dato' Dr. Zaidun Kamari (Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia), Y.Brs. Tn. Hj. Mansoor Wan Abdullah (Presiden Avon Malaysia, Thailand & Vietnam) dan isteri.


Ucapan aluan oleh pengerusi majlis

Para tetamu VIP

Ucapan oleh Pengerusi LPU

Isteri presiden Avon Malaysia, Thailand & Vietnam bersama Dr. Nik Munirah & Pn. Rohani

Para peserta seminar

Upacara perasmian blog PS1 HUSM

Secara rasminya blog PS1 telah dirasmikan

Penyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan

Lawatan ke tapak pameran

Perkongsian ilmu dari pihak KAWAN



 Penutup bagi aturcara majlis 

Sabtu, Februari 20

HUSM sediakan Pusat Sumber Kanser Payudara Pertama di Kelantan


Prof. Dato' Dr. Mafauzy Mohamed menandatangani plak perasmian


Perasmian Pusat Sumber


Para jemputan mendengar taklimat dari kakitangan jabatan Radiologi


Peralatan sumbangan AVON



Kota Bharu 11 Feb: Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kini memiliki pusat sumber kanser payudara bagi mengesan penyakit berkenaan. Menurut Pengarah Kampus Kesihatan USM, Dato’ Dr. Mafauzy Mohamed, penubuhan Pusat Sumber Kanser Payudara mengharapkan aktiviti yang dilakukan di sini akan memberi manfaat kepada orang ramai terutamanya mempromosikan kesedaran serta pengesanan awal simptom kanser payudara supaya langkah susulan dapat diambil sebelum terlewat,” kata Mafauzy yang mewakili Naib Canselor USM merasmikan pusat tersebut.

Pusat Sumber Kanser Payudara HUSM yang pertama di Pantai Timur Malaysia ini ditubuhkan melalui kerjasama dengan sebuah syarikat kosmetik terkemuka AVON. AVON telah memberikan dana USD100 000, kepada HUSM sejak tahun 2000 digunakan untuk menubuhkan Pusat Sumber Kanser Payudara ini menyediakan kelengkapan perubatan termasuk membeli mesin Mammogram, Sistem Ujian Biopsi dan lain-lain.

Turut hadir semasa perasmian tersebut ialah Hj. Mansoor Wan Abdullah, Presiden AVON Malaysia, Thailand dan Vietnam. Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan tambahan sebanyak RM10, 000.00 kepada HUSM untuk melengkapkan lagi Pusat Sumber Kanser Payudara dengan bahan bahan bacaan dan sebagainya