Isnin, Januari 30

kita bersua lagi....

Assallammualaikum dan salam 1Malaysia... kembali lagi di meja blog Pusat Sumber Kanser Payudara(Ps1)HUSM..seawal pembukaan tahun 2012 banyak perancangan yang perlu dilakukan..kali ini untuk tahun 2012..kami warga kerja PS1 merancang pelbagai program untuk Survivor kanser payudara..Semua aktiviti yang akan dilakukan akan melibatkan sepenuhnya para survivor kanser payudara HUSM..dan kami warga kerja PS1 mengalu-alukan AJK aktiviti yang baru dilantik ...dan dalam kita menjayakan semua aktiviti untuk survivor ...perbetulkanlah niat kita.."kerana Allah S.W.T"..dan semuanya akan diberi ganjaran di kemudian hari.. "Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan. Seandainya kita menyedari hakikat kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan. Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya.Orang yang berakal tidak berduka hati kerana kedukaan hati tiada faedahnya.Banyak duka mengaburkan akal. Hadapilah sesuatu apabila ianya mendatang. Tetapi cuba jadikan sesuatu supaya ia datang seperti mana anda suka menghadapinya.Kita tidak pernah menyedari betapa baiknya peringatan kita sehinggalah kita cuba melupakan sesuatu.Walaupun tiada seorang yang melihat apa yang kita kerjakan ketahuilah bahawa Allah akan melihatnya."....

1 ulasan: